
PuTus CiNta TaPi Seronok
Selalunya kalau putus cinta, mesti sakit. Sakit sangat dari hilir hinggalah ke ulu hati. Ada juga yang rasa seolah-olah badan kena potong, kemudian diperap pula dengan rempah dan limau nipis. Sakit! Kalau tak percaya, cubalah buat sendiri. Tapi kalau jadi apa-apa, aku tak bertanggungjawab.

Relax lah! Tak payah nak serabut-serabut atau bazirkan air mata. Lebih baik guna air mata tu untuk menangis di atas sejadah ketika menghadap Tuhan atau kerana menyesali perbuatan kita yang terdahulu. Takpun, menangis tengok saudara seagama dibunuh dengan kejam, atau bila tengok haiwan-haiwan yang teraniaya. Tapi janganlah setakat tengok saja, kalau boleh tolonglah mereka setakat mana yang kita mampu. Sebab itulah Allah bagi kita rezeki, bukan untuk kita seorang. Tetapi untuk dikongsi dan dinikmati makhluk lain juga. Dari situ barulah timbul rasa kasih sayang.
Okay lah, melalut pula aku! Berbalik kepada tajuk tadi. Sebenarnya sedih apabila putus cinta akan bertukar menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila anda melihatnya dari sudut positif. Oleh itu, gunakan otak, bukan hati.

0 comments:
Post a Comment